Friday, September 30, 2011

Assalamu'alaikum



Dengan lafaz 'BismillahiRahman nirRahim' dengan rasminya aku mula menulis blog pada hari ni.. Sebetulnya aku takde minat pun nak tulis blog ni sebab aku sendiri tak ada apa cerita yang menarik dalam kisah hidup aku sehari-hari.. Tapi aku rasa terpanggil selepas baca kisah dari satu blog,(http://axa87.blogspot.com/2011/04/iqbal-fahreen-story-to-remember.html


di mana aku rasa ada sesuatu yang boleh aku ceritakan atau aku kongsikan berdasarkan kehidupan orang lain yang mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pembaca blog aku malah untuk diri aku sendiri..




Dalam pada masa yang sama mungkin aku boleh selitkan pengalaman aku sendiri untuk dikongsi bersama.. Bukan untuk mencari perhatian.. tapi sekurang-kurangnya ini adalah salah satu tanggung jawab fardhu kifayah aku atas dunia ni.. Yang mana baik tu datang dari Allah, dan mana yang kurang tu datang dari diri aku sendiri.. Manusia macam aku ni ni memang jauh dari sempurna.. penuh dgn khilaf.. Mungkin ini juga salah satu medium utk aku mendengar suara orang lain tentang aku..




Kenapa 'SENIMAN SENJA?'

Aku suka pada muzik sebab tu at first place aku guna nama SENIMAN. Lagi satu pada 
aku perkataan seniman tu sendiri macam bunyinya dah terpinggir.. Bukan maksud aku
ni golongan terpinggir , tapi aku lebih suka mengasingkan diri dari kesibukan orang 
ramai.. Aku lagi suka memerhati rather than participate.. Itu aku.. Walaupun aku dari  stream engineering, aku juga minat kat sastera.. bahasa bunga2 la.. hehe.. aku amat menghargai seni..


'SENJA'.. aku suka suasana ni.. menggambarkan kesudahan, akhir waktu, damai dan permai, sunyi sepi, sedih dan macam2 lagi.....


DUNIA INI AKAN LEBIH INDAH JIKA SEMUA MANUSIA SEDAR BAHAWA KITA SEMUA INI JAUH DARI SEMPURNA DAN PENUH KEKURANGAN........




~SENIMAN SENJA~

3 comments: